Sabtu, Maret 28, 2009

Menuntut Ilmu Sebenarnya

Untuk apakah kita menuntut ilmu? Adakah untuk belajar2 dan suka2 saja? Adakah untuk menghadapi peperiksaan? Adakah untuk mendapatkan sijil atau ijazah? Adakah untuk mendapatkan pekerjaan? Barangkali ada yang menjawab keempat-empat itu semua. Kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain. Tapi, rata2 yang akan menjawab ialah untuk mendapatkan pekerjaan.

Cuba kita fikir balik, untuk apakah kita menuntut ilmu sebenarnya? Kebanyakan pelajar2 dan siswa2 kini, fokus mereka menuntut ilmu hanyalah untuk menghadapi peperiksaan dan mendapatkan pekerjaan pada hari kemudian supaya dapat hidup senang. Walaupun tidak dinafikan, ada di antara mereka yang menuntut ilmu dengan sebenar-benarnya dan sangat bersungguh-sungguh. Ini merupakan perkara yang baik.

Tetapi makna menuntut ilmu yang sebenarnya sekarang ini perlulah diperbetulkan semula. Kerana ada ramai lagi pelajar yang tidak tahu akan sebenarnya mereka menuntut ilmu. Mereka masih lagi keliru untuk apakah kita menuntut ilmu. Untuk apakah mereka menghadapi peperiksaan jika kebanyakan mereka selepas peperiksaan sudah lupa segala apa yang telah dipelajari? Untuk apakah siswa2 memasuki universiti jika sekadar hendak mendapatkan segulung ijazah tetapi selepas keluar daripada universiti, sudah tiada rasa lagi hendak menuntut ilmu kecuali kalau mereka hendak menjadi guru, pensyarah, penulis ataupun pemikir. Ada juga selepas keluar universiti, mahu sangat memilih kerja, hanya mahu mendapat kerja dari kelayakan bidang yang mereka pelajari.

Sebenarnya, dari sekolah lagi mereka telah diajar supaya menghafal saja segala pelajaran yang telah dipelajari selepas itu dimuntahkan semula di kertas2 jawapan peperiksaan. Sampailah mereka mengalami keadaan yang sama di universiti iaitu menghafal lagi segala maklumat selepas itu kena keluarkan segala apa yang telah dihafal, di kertas2 jawapan peperiksaan lagi.

Mereka bukannya mahu memahami ilmu yang telah dipelajari. Kerana fokus mereka hanyalah hendak mendapatkan sijil, ijazah dan kerja. Bukannya fokus kepada memahamkan ilmu. Mereka sebenarnya memang menuntut ilmu tetapi masalahnya tidak mahu memahami ilmu itu. Itulah sebabnya ada juga segelintir pelajar dan siswa yang masih buruk lagi akhlaknya, perangainya, minda masih lagi di tahap rendah sehinggakan sekarang banyak berlaku perkara2 sosial yang tidak baik seperti membunuh, mengambil dadah, mementingkan diri sendiri dan sebagainya dan yang terbaru sekarang ini, berlaku pembunuhan pelajar di Mesir. Siapa lagi pembunuhnya kalau bukan pelajar yang dikatakan penuntut ilmu yang mulia yang sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan ilmunya. Tetapi pelajar yang menjadi pembunuh ini bukannya meningkatkan pengetahuan ilmunya malah menurunkan lagi pengetahuan ilmunya.

Semua yang telah berlaku itu sebenarnya bukanlah salah mereka tetapi cara didikan mereka dari rumah dan di sekolah lagi yang telah membentuk peribadi mereka menjadi begitu. Suasana dan persekitaran di sekelilinglah yang akan membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Itulah kesannya kalau tidak faham apa ilmu yang telah dipelajari itu.

Kita menuntut ilmu yang sebenarnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya-lah yang telah menyuruh kita menuntut ilmu. Supaya kita dapat lagi meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Dan menuntut ilmu kenalah diniatkan untuk memahami ilmu tersebut supaya kita akan menjadi seorang insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan minda.

Itulah yang telah berlaku di zaman khalifah2 Islam dahulu dan selepasnya sehinggakan mereka dapat melahirkan ramai tokoh2 Islam, ilmuan2 Islam dan ulama2 yang telah berjasa dan memberikan sumbangan kepada agama ini. Kerana mereka faham apa ilmu yang mereka pelajari, mereka gunakan ilmu itu untuk menyebarkannya kepada orang ramai. Itulah yang telah berlaku kepada Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi, Syeikh Al-Albani dan ramai lagi.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata bahawa beliau akan menuntut ilmu dari hujung pena sehinggalah ke pintu kubur, walaupun ketika itu beliau sudah menjadi imam para umat dan ketua.

Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Ikatlah ilmu dengan menulisnya".

Hamka juga berkata, jika sesorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan. Ini jelas dilihat dalam diri Hamka sebagai seorang ulama, sasterawan, pemikir dan penulis.

Oleh itu, mulai dari sekarang, ubahlah niat sebenar kita menuntut ilmu, tuntutlah ilmu dengan memahaminya bukan sekadar menghafalnya, Tuntutlah ilmu untuk kegunaan dan kebaikan kita dan tuntutlah ilmu untuk menjadi insan berguna, berjasa dan dapat memberikan sesuatu sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara ini. Tuntutlah apa2 saja ilmu yang bermanfaat yang dari yang ilmu yang penting barulah lepas itu ilmu yang berikutnya iaitu ilmu agama, sejarah, sains, matematik dan sebagainya. Barulah kita akan menjadi manusia yang seimbang ilmunya.

Itulah hakikat dan makna menuntut ilmu yang sebenarnya supaya kita ada mendapat sesuatu hasil yang akan kita petik dari ilmu tersebut untuk kegunaan dan kebaikan kita suatu hari nanti.

M.A.Uswah,
Sandakan,
7 Julai 2007.

Artikel saya ini telah mendapat ulasan oleh ukhti halawah di dalam forum halaqah.net, http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1467.0 Dalam forum tersebut, saya menggunakan nama uswah teladan. Ikuti ulasannya.

Ulasan artikel:

Assalamualaikum
bismillah

Fikiran orang yang berilmu selalu muwaffiq(org yg sepakat) pd ahli ilmuan ,apa yg mahu dijelaskan telah pun sudah tersaji diatas ini,saya suka utk berkongsi ilmu dalam konteks yg sama mau disampaikan oleh ;
ya Akhi !(dah kenal ni) uswah teladan
(Terima kasih)

*IQRA'!!!
Menurut Akhi uswah teladan;

"Mereka bukannya mahu memahami ilmu yang telah dipelajari. Kerana fokus mereka hanyalah hendak mendapatkan sijil, ijazah dan kerja. Bukannya fokus kepada memahamkan ilmu. Mereka sebenarnya memang menuntut ilmu tetapi masalahnya tidak mahu memahami ilmu itu. Itulah sebabnya ada juga segelintir pelajar dan siswa yang masih buruk lagi akhlaknya, perangainya, minda masih lagi di tahap rendah sehinggakan sekarang banyak berlaku perkara2 sosial yang tidak baik seperti membunuh, mengambil dadah, mementingkan diri sendiri dan sebagainya dan yang terbaru sekarang ini, berlaku pembunuhan pelajar di Mesir. Siapa lagi pembunuhnya kalau bukan pelajar yang dikatakan penunut ilmu yang mulia yang sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan ilmunya. Tetapi pelajar yang menjadi pembunuh ini bukannya meningkatkan pengetahuan ilmunya malah menurunkan lagi pengetahuan ilmunya."

1)Sekolah itu tempat lecture (Dewan mendptkan Ilmu)
2)Guru sbg mikrofon(penyampai gudang Ilmu .
3)Ilmu itu pula bagai lampu
4)Akal sbg proses (labotarium) ilmu yg mahu diexprimentkan(pembayangan)
5)hati citarasa untuk meletakkan minat ilmu yg dimiliki
6)menghayati itula sbg Amalan (Praktikal)
7)sumber buah hasil yg mahu dituturkan (dakwah/seruan/sampaikan)

2)Menurut uswah teladan lagi;

"Semua yang telah berlaku itu sebenarnya bukanlah salah mereka tetapi cara didikan mereka dari rumah dan di sekolah lagi yang telah membentuk peribadi mereka menjadi begitu. Suasana dan persekitaran di sekelilinglah yang akan membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Itulah kesannya kalau tidak faham apa ilmu yang telah dipelajari itu."

Kegagalan Orang berilmu itu kerana tidak melaksanakan Homework,dan tiada kerjasama membentuk kefahaman dalam institusi itu sendiri..jadi bagaimana labotarium mahu berhasil dgnproduk (amalan yg baik) mahu dipaparkan dan dikecapi sendiri!!!!

Rasa tersentuh plak dgn kata akhi uswah teladan sekali ini;

"Kita menuntut ilmu yang sebenarnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya-lah yang telah menyuruh kita menuntut ilmu. Supaya kita dapat lagi meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Dan menuntut ilmu kenalah diniatkan untuk memahami ilmu tersebut supaya kita akan menjadi seorang insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan minda."

Inilah bibit ikhlas merupakan sifat terpuji dlm adab berilmu tanpa malas,maka akan menghasilkan produk yg berkualiti sendiri setiap individu yg inginkan buah /hasil ilmu itu sendiri,bukan salah

a)guru sbg pertunjuk jalan,
b)bapa sbg paip menghulurkan bantuan
c)skolah/rumah wadah yg selalu dipersalahkan...
d)masyarakat sbg tpt lontaran menutup kemalasan/kesilapan dan keburukan.

Nauzubillahiminzalik.
Astaghfirullahal'aziim.
Wallahu'Alam bissawob.
Waalaikumussalam wr.wb.

Minggu, Maret 15, 2009

Pandangan Hasan al-Banna Mengenai Ilmu dan Ijazah

Saya mempunyai pendapat sendiri mengenai ilmu, pengajian ilmu dan ijazah. Ini adalah kesan dari kajian saya mengenai kitab Ihya’. Saya sangat minat terhadap ilmu. Saya terlalu cenderung kepada pembacaan dan dalam usaha untuk menambah ilmu. Saya yakin pada faedah ilmu secara perseorangan dan juga kumpulan. Saya juga rasa berkewajipan menyebarkan ilmu pada manusia. Saya pernah berusaha menerbitkan sebuah majalah bulanan bernama ‘Asy Syams’.

Saya berjaya menyusun dua keluaran. Dari segi ini, saya menurut dasar-dasar Syeikh Muhammad Zahran yang menerbitkan majalah bulanan ‘Al-As’ad'. Corak yang serupa digunakan untuk majalah kegemaran saya, ‘Al- Manar’. Walaubagaimanapun saya sangat terpengaruh dengan pendapat dan gaya Imam Ghazali mengenai ilmu, dan usaha menuntut ilmu (adab menuntut ilmu). Saya begitu ingin meningkatkan pengajian saya tetapi saya dalam keadaan yang serba salah. Berlaku pertarungan antara keinginan menuntut ilmu dan pendapat Imam Ghazali. Menurut Imam Ghazali, manusia hanya perlu mendapat pendidikan setakat yang perlu untuk menunaikan kewajipan agama dan mencari nafkah hidup, kemudian membuat amal-amal ibadat dan jangan membuang waktu.

Hal ini membuat saya bersikap menuntut ilmu setakat yang perlu saja. Timbul dalam fikiran saya hendak memasuki Darul Ulum dan pusat-pusat pengajian yang berkaitan dengannya. Para penuntut yang mendapat diploma pendidikan tinggi berpeluang dihantar ke luar negeri. Perkara ini semua membuat fikiran saya jadi serba salah. Saya selalu menyoal diri saya, ‘Mengapa awak hendak memasuki Darul Ulum? Adakah awak inginkan pendidikan yang lebih tinggi kerana mengejar kekayaan? Mungkin awak ingat dengan cara ini awak boleh mendapat banyak wang yang dapat membantu awak memakan makanan yang lazat, memakai pakaian yang mahal dan memandu kereta kereta yang mahal dan mewah?’ Tetapi sekali lagi saya diperingatkan bahawa fikiran begini sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu tidak akan ke mana-mana. Allah berfirman di dalam al-Quran (3:14) maksudnya:

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak1 dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembati yang baik (syurga).”

Saya menyoal diri saya ‘Adakah kerana kemegahan? Sehingga orang berkata engkau guru berijazah dan bukan guru sekolah rendah (ini haram). Menuntut kemegahan adalah penyakit dari penyakit-penyakit hati. Ia adalah keinginan nafsu yang perlu ditentang. Ini adalah satu kejahatan yang dilakukan manusia. Yang dimaksudkan dengan binatang ternak di sini ialah binatang binatang yang termasuk jenis unta,lembu, kambing dan biri biri.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba pakaian, celaka dan binasa".

Saya menyoal diri saya, ‘Adakah awak hendak mendapatkan Khazanah ilmukerana hendak menandingi para ulamak terkenal atau kerana hendak bertengkar dengan orang-orang jahil atau kerana hendak mengatasi orang lain agar hak-hak awak tertegak?’ Teringatlah saya bahawa sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana mencari keredhaan Allah dan dia juga tidak mengamalkan ilmu itu, maka dia akan menerima balasan api neraka. Allah akan mengenakan siksaan yang berat kepada para ulamak yang memiliki ilmu tetapi tidak beramai dengan ilmunya dan Allah tidak memberi manfaat ilmunya itu pada dirinya.

Saya juga berkata kepada diri saya sendiri, ‘Awak ingin menuntut ilmu kerana hendak menjadi berguna kepada orang lain. Allah dan para malaikatNya merahmati orang yang mengajar ilmu yang baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. dihantar ke bumi sebagai pendakwah. Sekiranya awak hendak menuntut ilmu itu adalah ikhlas kerana Allah dan untuk faedah manusia, maka mengapa awak bertegas hendak memasuki Darul Ulum? Ilmu tersembunyi di dalam buku-buku dan di dalam hati para ulama dan ulama-ulama sufi. Sijil (ijazah) ialah satu benda yang menimbulkan keburukan. Ia merupakan satu tunggangan kepada kehidupan dan kekayaan duniawi. Hasutan dunia mcrupakan racun yang membunuh rohani seseorang. la memusnahkan amalan amalan baik dan merosakkan hati kita.

Oleh itu, jika awak hendak mendapatkan ilmu, maka kajilah buku-buku dan janganlah mengejar diploma serta sijil dari pusat pengajian.’Fahaman ini telah menguasai saya. Lantaran itu, saya tidak belajar bersamasamaAli Naufal, seorang guru. Tetapi guru saya, Syeikh Farhat Salim sangat menyayangi saya dan bersimpati dengan saya dalam berbagai keadaan dan saya pula sangat menyeganinya. Katanya, ‘Awak sudah hampir dengan diploma. Ilmu bukanlah sesuatu yang mencederakan. Persediaan peperiksaan Darul Ulum ialah satu ujian untuk merintis jalan kepada peperiksaan yang lebih tinggi. Jika awak lepaskan peluang ini, ia tidak akan kembali lagi di masa hadapan. Sertailah dan bertenang. Saya yakin awak akan berjaya. Lagi pun saya ada kaitan rapat dengan kemasukan serta pengajian awak. Awak bebas membuat keputusan menolak atau masuk.’ Syeikh Farhat Salim telah menggalakkan saya memasuki Darul Ulum. Ujian kemasukan dijangka diadakan sebaik saja selesai peperiksaan diploma.

Dipetik dari:
Detik-Detik Hidupku karya Hasan al-Banna