Saya mempunyai pendapat sendiri mengenai ilmu, pengajian ilmu dan ijazah. Ini adalah kesan dari kajian saya mengenai kitab Ihya’. Saya sangat minat terhadap ilmu. Saya terlalu cenderung kepada pembacaan dan dalam usaha untuk menambah ilmu. Saya yakin pada faedah ilmu secara perseorangan dan juga kumpulan. Saya juga rasa berkewajipan menyebarkan ilmu pada manusia. Saya pernah berusaha menerbitkan sebuah majalah bulanan bernama ‘Asy Syams’.
Saya berjaya menyusun dua keluaran. Dari segi ini, saya menurut dasar-dasar Syeikh Muhammad Zahran yang menerbitkan majalah bulanan ‘Al-As’ad'. Corak yang serupa digunakan untuk majalah kegemaran saya, ‘Al- Manar’. Walaubagaimanapun saya sangat terpengaruh dengan pendapat dan gaya Imam Ghazali mengenai ilmu, dan usaha menuntut ilmu (adab menuntut ilmu). Saya begitu ingin meningkatkan pengajian saya tetapi saya dalam keadaan yang serba salah. Berlaku pertarungan antara keinginan menuntut ilmu dan pendapat Imam Ghazali. Menurut Imam Ghazali, manusia hanya perlu mendapat pendidikan setakat yang perlu untuk menunaikan kewajipan agama dan mencari nafkah hidup, kemudian membuat amal-amal ibadat dan jangan membuang waktu.
Hal ini membuat saya bersikap menuntut ilmu setakat yang perlu saja. Timbul dalam fikiran saya hendak memasuki Darul Ulum dan pusat-pusat pengajian yang berkaitan dengannya. Para penuntut yang mendapat diploma pendidikan tinggi berpeluang dihantar ke luar negeri. Perkara ini semua membuat fikiran saya jadi serba salah. Saya selalu menyoal diri saya, ‘Mengapa awak hendak memasuki Darul Ulum? Adakah awak inginkan pendidikan yang lebih tinggi kerana mengejar kekayaan? Mungkin awak ingat dengan cara ini awak boleh mendapat banyak wang yang dapat membantu awak memakan makanan yang lazat, memakai pakaian yang mahal dan memandu kereta kereta yang mahal dan mewah?’ Tetapi sekali lagi saya diperingatkan bahawa fikiran begini sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu sangat teruk dan manusia yang berfikir begitu tidak akan ke mana-mana. Allah berfirman di dalam al-Quran (3:14) maksudnya:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak1 dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembati yang baik (syurga).”
Saya menyoal diri saya ‘Adakah kerana kemegahan? Sehingga orang berkata engkau guru berijazah dan bukan guru sekolah rendah (ini haram). Menuntut kemegahan adalah penyakit dari penyakit-penyakit hati. Ia adalah keinginan nafsu yang perlu ditentang. Ini adalah satu kejahatan yang dilakukan manusia. Yang dimaksudkan dengan binatang ternak di sini ialah binatang binatang yang termasuk jenis unta,lembu, kambing dan biri biri.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
“Celakalah hamba dinar, celakalah hamba dirham, celakalah hamba pakaian, celaka dan binasa".
Saya menyoal diri saya, ‘Adakah awak hendak mendapatkan Khazanah ilmukerana hendak menandingi para ulamak terkenal atau kerana hendak bertengkar dengan orang-orang jahil atau kerana hendak mengatasi orang lain agar hak-hak awak tertegak?’ Teringatlah saya bahawa sesiapa yang menuntut ilmu bukan kerana mencari keredhaan Allah dan dia juga tidak mengamalkan ilmu itu, maka dia akan menerima balasan api neraka. Allah akan mengenakan siksaan yang berat kepada para ulamak yang memiliki ilmu tetapi tidak beramai dengan ilmunya dan Allah tidak memberi manfaat ilmunya itu pada dirinya.
Saya juga berkata kepada diri saya sendiri, ‘Awak ingin menuntut ilmu kerana hendak menjadi berguna kepada orang lain. Allah dan para malaikatNya merahmati orang yang mengajar ilmu yang baik kepada orang lain. Rasulullah s.a.w. dihantar ke bumi sebagai pendakwah. Sekiranya awak hendak menuntut ilmu itu adalah ikhlas kerana Allah dan untuk faedah manusia, maka mengapa awak bertegas hendak memasuki Darul Ulum? Ilmu tersembunyi di dalam buku-buku dan di dalam hati para ulama dan ulama-ulama sufi. Sijil (ijazah) ialah satu benda yang menimbulkan keburukan. Ia merupakan satu tunggangan kepada kehidupan dan kekayaan duniawi. Hasutan dunia mcrupakan racun yang membunuh rohani seseorang. la memusnahkan amalan amalan baik dan merosakkan hati kita.
Oleh itu, jika awak hendak mendapatkan ilmu, maka kajilah buku-buku dan janganlah mengejar diploma serta sijil dari pusat pengajian.’Fahaman ini telah menguasai saya. Lantaran itu, saya tidak belajar bersamasamaAli Naufal, seorang guru. Tetapi guru saya, Syeikh Farhat Salim sangat menyayangi saya dan bersimpati dengan saya dalam berbagai keadaan dan saya pula sangat menyeganinya. Katanya, ‘Awak sudah hampir dengan diploma. Ilmu bukanlah sesuatu yang mencederakan. Persediaan peperiksaan Darul Ulum ialah satu ujian untuk merintis jalan kepada peperiksaan yang lebih tinggi. Jika awak lepaskan peluang ini, ia tidak akan kembali lagi di masa hadapan. Sertailah dan bertenang. Saya yakin awak akan berjaya. Lagi pun saya ada kaitan rapat dengan kemasukan serta pengajian awak. Awak bebas membuat keputusan menolak atau masuk.’ Syeikh Farhat Salim telah menggalakkan saya memasuki Darul Ulum. Ujian kemasukan dijangka diadakan sebaik saja selesai peperiksaan diploma.
Dipetik dari:
Detik-Detik Hidupku karya Hasan al-Banna
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar